NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Itu pun nak jadi isu – Ibu pelajar diketuk Sanusi

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang tular apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengetuk kepalanya dengan kertas, meminta agar ia tidak dijadikan isu.

Menerusi komen yang ditinggalkan di TikTok milik sebuah syarikat media tempatan, pengguna @MCSyalwa, malah mengatakan bahawa Muhammad Sanusi juga tidak perlu meminta maaf.

“Tak perlu minta maaf MB (Menteri Besar), kami sekeluarga okey ja. Anak kami okey, tak sakit, patah pun.

“Kami melawak sesama kami, itu pun nak jadi isu,” katanya.


Komen yang ditinggalkan seorang pengguna TikTok, dipercayai ibu kepada pelajar berkenaan.

Sebelumnya, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz dalam satu ciapan di Twitter berkata, tindakan Muhammad Sanusi itu sangat tidak beradab.

Kemudiannya, menerusi perkongsian di laman Facebook Pas Kawasan Sik, Muhammad Sanusi berkata, wanita berkenaan adalah seorang pelajar dan dia memohon sumbangan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) pada saat akhir.

Jelasnya, walaupun dilihat ‘memukul’ kepala pelajar terbabit, tetapi sumbangan tetap diberikan dan beliau menganggap itu sebagai melawak cara orang kampung. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo