NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu REE: Adakah kerajaan tiada isu dan idea lain untuk bangunkan Kedah?


Baki EMPAT hari lagi tempoh berkempen. Macam-macam boleh berlaku. Sehingga pagi ini kelihatan rakyat Malaysia masih mengawal emosi walaupun kiri kanan berdentum dengan pelbagai senjata dan bom politik.

Di Kedah, naratif kempen berkisar hanya kepada isu REE. Walaupun ada sebahagian aktivis politik menganggap isu ini sebagai "Killer issue", tetapi pada pandangan saya sebagai orang teknikal isu ini tidak cukup kuat. Isu ini tidak mempunyai kesenambungan cerita yang boleh tamat seperti drama TV atau filem Hollywood atau Bollywood. Isu ini boleh menjadi 'Self Destruction' , kelihatan seperti menuju ke arah itu.

Pada saya Datuk Saifudin Nasution sudah berjaya dicop oleh PN sebagai "Pembohong yang terbukti di mahkamah Tinggi Shah Alam" akibat saman Tan Sri Khalid pada 2015, dan cop ini berjaya ditanam oleh PN ke dalam benak hati para pengundi terutamanya pengundi muda. Klise ucapan seperti "saya baru telefon si anu...." seperti kebiasaan PMX otomatik dianggap bohong. Namun saya yakin sebagai orang politik berpengalaman, mereka boleh mengubah suasana ini.

Kebergantungan kepada isu REE tidak mencukupi untuk meyakinkan para pengundi terutamanya pengundi muda. Terbaru dilaporkan dalam beberapa lawatan kempen di sekitar bandar Alor Setar, para peniaga wanita mengangkat tangan ala Sanusi menunjukkan bahawa isu REE tidak melarut dalam jiwa dan raga pengundi.

Juga dilaporkan bahawa para pengundi 'orang lama' iaitu berumur lebih 50 tahun mula menyatakan akan tidak mengundi BN lagi. Keadaan ini tidak mengembirakan pemimpin BN, malah tidak membantu PH. Dalam hal ini, kerjasama erat dari jentera BN yang sangat efisien dalam memujuk pengundi terutamanya pengundi wanita sangat diperlukan.

Dalam tempoh baki empat hari yang ada, pelbagai "ending" boleh berlaku. Parti-parti besar berupaya mengubah 'parameter' untuk memperoleh undi yang dikehendaki selagi gelombang tsunami tidak melanda.

Sekiranya modal REE tidak cukup daya tujah, gunalah booster atau 'turbo'. Banyak lagi pilihan yang ada kerana PN juga bersifat 'Baharu'. 'Chances' tetap 50:50.

Paling jelas tempoh berkempen tidak dimanfaatkan oleh parti politik untuk menerangkan hala tuju / dasar yang akan dibawa untuk tempoh 5 tahun mendatang. Hanya isu disyarahkan kepada pengundi. Keadaan ini membawa isyarat kepada pengundi bahawa parti politik tidak berminat membuat anjakan perubahan kepada amalan demokrasi yang lebih matang, akan tetapi masih selesa politik lama iaitu cenderong membawa isu yang membawa kebencian dan pertelagahan. Ahli dan penyokong parti politik akan bertegang urat dan bermasam muka hingga berbulan selepas PRN nanti.

Dengan demografi yang semakin mengembang dengan pantas, jika parti politik tidak mahu berubah, saya yakin rakyat akan "mengubah" mereka.

Parti politik perlu 'bersetuju' sesama mereka untuk membawa politik matang seperti Indonesia. Untuk PRU seterusnya parti politik perlu mendidik para penyokong serta rakyat keseluruhan ke arah politik yang tinggi, matang, persaingan berkualiti untuk membawa idea baru memajukan negara.

Harapan saya semoga rakyat cepat kembali bertaut walau pihak mana pun yang berjaya dalam PRN kali ini mulai pagi 13 Ogos nanti.

Mohd Jamal Naseer
Facebook


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo