Bekas pengerusi Umno Terengganu Idris Jusoh mahu presiden parti itu bertanggungjawab di atas kekalahan besarnya dalam enam pilihan raya negeri semalam.
Idris menggesa Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan keputusan pengundian itu.
"Umno kalah teruk di PRN semalam. Umno kalah 100 peratus di Terengganu.
"Zahid Hamidi perlu letak jawatan," katanya.
Pilihan raya bagi enam negeri semalam menyaksikan Umno hanya meraih 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Keputusan menunjukkan gabungan PH-BN hanya berjaya di Negeri Sembilan apabila menang majoriti dua pertiga dengan BN menyumbang 14 dari 30 kerusi untuk kerajaan negeri.
BN gagal menyumbang lebih dari dua kerusi kepada gabungan itu di semua negeri lain, termasuk di Kedah.
Di Terengganu, kedua-dua BN dan PH gagal meraih kemenangan dan PN menyapu bersih semua kerusi DUN.
Zahid tak akan turun - Khairy
Sementara itu, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjangkakan Zahid tidak akan berundur walaupun BN menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya negeri.
"Zahid Hamidi tak akan turun. Umno akan kekal seperti biasa. Umno akan buat tak tahu. Sebab saya punya ramalan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, sama juga.
"Umno kena bantai teruk pun, dia akan buat tak tahu," katanya seperti dipetik media tempatan semalam.
........
Komen: Ahli UMNO tak payah jadi pengecut
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment