Pas Kawasan Pengkalan Chepa menafikan pihaknya akan mengadakan perhimpunan solidariti untuk Mohd Amar Abdullah pada Selasa. |
KOTA BHARU - Pas Kawasan Pengkalan Chepa menafikan pihaknya akan mengadakan perhimpunan solidariti untuk bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pada Selasa.
Ini ekoran tular beberapa poster mengajak penyokong untuk bersoladiriti kepada Mohd Amar selepas beliau tidak dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.
Setiausahanya, Muhammad Abdul Munib Assyakirin Zakaria berkata, perkara tersebut bercanggah dengan pendirian parti itu.
"Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya cubaan fitnah jahat yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu terhadap parti dan pimpinan Pas Kawasan Pengkalan Chepa.
"Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Pas Kawasan Pengkalan Chepa menerima dengan reda dan hati terbuka atas ketentuan ALLAH SWT dalam urusan pelantikan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Ujarnya, mereka mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohd Nassuruddin Daud atas pelantikan Menteri Besar dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Menteri Besar.
Muhammad Abdul Munib Assyakirin memberitahu, Pas Kawasan Pengkalan Chepa yakin dengan kemampuan dan kebijaksanaan kedua-dua tokoh tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus negeri dengan adil, amanah dan bijaksana.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment