NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hari Kebangsaan: Kelantan guna logo, tema Putrajaya

Timbalan Menteri Besar Kelatan Mohamed Fadzli Hassan berkata negeri itu juga akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan sehari lebih awal.


PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang sama seperti kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan.

Fadzli berkata tema sambutan Hari Kebangsaan untuk Kelantan kekal seperti tema kerajaan persekutuan, iaitu “Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

“Untuk Kelantan, kita hanya tambah ayat di hujung iaitu “Membangun Bersama Islam”. Lain-lain serta logo adalah sama,” katanya lapor Berita Harian.

Katanya, Kelantan juga akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan lebih awal berbanding sebelum ini, iaitu pada malam 30 Ogos.

“Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat pertama exco hari ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo Hari Kebangsaan PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan digabungkan elemen warna pada Jalur Gemilang dengan tema “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”.

Katanya, beliau akan mencadangkan logo dan tema dilancarkan Pemuda PN diperluaskan ke Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis yang ditadbir gabungan itu.

Bagaimanapun katanya, tiada paksaan untuk menerima cadangan sayap itu yang tujuan asalnya bagi digunakan untuk ucapan pimpinan komponen berkenaan, susulan keputusan kerajaan Terengganu menggunakan logo dan tema diperkenalkan Putrajaya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo