BANGI, 26 Muharam 1445H, Ahad – Datuk Seri Amirudin Shari boleh dianggap sebagai Menteri Besar Selangor yang lemah apabila Pakatan Harapan (PH) hanya menang 32 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Penganalisis politik Akademik Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan berkata, keadaan itu boleh dikaitkan dengan Amirudin memandangkan beliau adalah ‘poster boy’ bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
“Sebelum PRN lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Amirudin ‘poster boy’ Menteri Besar Selangor.
“Jadi setiap keputusan itu dipertanggungjawabkan kepada bakal menteri besar.
“Kalau kita kaitkan kelemahan UMNO dengan Presiden UMNO ada logiknya. Kita kaitkan PH di Selangor bagaimana dikatakan memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) disebabkan Amirudin Shari itu kerana beliau adalah poster boynya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika siaran langsung Analisis Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di TV Pertiwi, hari ini.
Dalam pada itu, Azmi mengakui tindakan PN tidak menamakan ‘poster boy’ mereka di negeri berkenaan sebagai langkah yang tepat.
“Sebelum ini saya lihat strategi PN tidak menamakan ‘poster boy’ mereka satu strategi yang silap. Tapi kalau lihat keputusan itu satu strategi yang betul,” katanya.
PH dan BN membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 kerusi pada pengundian semalam.
PRN Selangor menyaksikan BN hanya menang dua kerusi sementara PN pula menang 22 kerusi.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment