NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hampir 45% keluar mengundi setakat 1 tengah hari

Seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Setakat 1 tengah hari, kira-kira 45% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Setakat ini, Kedah merekodkan 49%, Terengganu (50%), Pulau Pinang (46%), Selangor (44%), Negeri Sembilan (42%), dan Kelantan (40%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 47% keluar mengundi.

Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada PRU15, yang diadakan pada November tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, 97,388 merupakan pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

Seramai 570 calon, daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo