NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guna kenderaan kerajaan untuk politik ganggu proses demokrasi – MCW



KUALA LUMPUR – Penggunaan kenderaan kerajaan untuk tujuan politik boleh mengganggu proses demokratik dan menghilangkan kepercayaan rakyat.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan tersebut boleh menimbulkan isu penyalahgunaan kuasa dan boleh merosakkan integriti pentadbiran kerajaan.

“MCW menggesa agensi penguatkuasaan yang berkaitan menyiasat hal ini dan mengeluarkan garis panduan supaya anggota Kabinet mematuhi pekeliling penggunaan perkhidmatan atau aset kerajaan.

“Pemimpin politik wajar mematuhi janji mereka untuk tidak menggunakan kenderaan kerajaan semasa berkempen kerana ini termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Netizen mempersoalkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menaiki helikopter pada program di Jeneri dan Kupang di Sik, Kedah, semalam.

Anwar mengakui bahawa helikopter tersebut adalah milik kerajaan untuk kegunaan pimpinan utama negara.

Jais menambah, MCW sedar bahawa Anwar mempunyai keistimewaan menggunakan kemudahan tersebut atas kapasiti sebagai Perdana Menteri untuk ‘turun padang’ bertemu rakyat dengan pantas dan selamat.

Namun, beliau memberitahu, dalam konteks Kepimpinan Melalui Teladan, Anwar sewajarnya menjadi contoh terbaik kepada anggota Kabinet yang lain agar tidak menggunakan kenderaan kerajaan untuk tujuan politik dan kepentingan parti yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN).

“MCW mendambakan ketegasan Perdana Menteri untuk membuktikan amalan tata kelola dan integriti yang tinggi di bawah kepimpinan beliau dalam Kerajaan Madani.

“Inilah masa yang sesuai untuk beliau kotakan janji seorang Perdana Menteri ulung yang sering melaungkan amalan bersih rasuah dan tidak ada salah guna kuasa sebagai anggota Kabinet,” jelasnya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo