NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelombang PN di Kedah petanda rakyat tolak politik keji PH


Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Kedah adalah suatu referendum daripada rakyat kepada kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sedang berkuasa di Putrajaya.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, ini adalah mesej jelas rakyat menolak politik keji dimainkan PH termasuk agenda pembunuhan karakter dan tekanan politik terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Justeru, prinsip federalisme perlu kembali diangkat dengan wacana yang matang dan benar mengikut peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah sangat tidak wajar penindasan terhadap kerajaan negeri dilakukan hanya kerana perbezaan warna atau ideologi parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa PN kini menjadi teraju utama survival politik Melayu dan Islam.

“Rakyat sudah membuka mata seluasnya untuk menilai antara kaca dan permata.

“PAS Kedah berkeyakinan PH tidak lagi diterima khususnya dalam mengangkat agenda politik Melayu-Islam.

“Oleh itu, wajar bagi parti yang berteraskan Melayu-Islam supaya segera tinggalkan PH dan kembali kepada payung besar penyatuan ummah,” katanya.

Selain itu, PAS Kedah juga melihat agenda menghapuskan rasuah harus dibangunkan secara tegas dan berprinsip, bukannya menjadi retorik politik.

“Atas sebab itu ramai dalam kalangan UMNO dan golongan atas pagar, ikhlas memberikan undi kepada PN yang dilihat Bersih dan Stabil (BEST),” katanya.

PN mengekalkan penguasaannya di Kedah apabila memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan PN yang ditunjangi PAS bersama  Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) akan terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Jumlah kemenangan yang diperoleh PN itu lebih besar berbanding kedudukan kerusi sebelum ini iaitu PAS 15 kerusi dan Bersatu enam kerusi.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo