Menurut SPR, kerusi berkenaan dimenangi calon Perikatan Nasional (PN-PAS) Mohd Zamri Mohd Zainuldin dengan majoriti 6,842 selepas memperoleh 15,447 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN-UMNO) Mohamad Khir Ramli yang mendapat 8,605 undi dalam pertembungan satu lawan satu.
Kerusi DUN Sungai Burong adalah satu daripada 245 kerusi yang dipertandingkan pada PRN di enam negeri kali ini.
PRN itu melibatkan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 DUN di Kelantan.
PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. – BERNAMA
No comments
Post a Comment