NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP menang besar, kerjasama dengan UMNO di landasan betul, kata DAP sokong Zahid



DAP menyifatkan keputusan bekerjasama dengan UMNO sudah berada dalam landasan betul, kata Nga Kor Ming.

Naib Pengerusi DAP itu kerjasama yang singkat selama lapan bulan dengan UMNO sudah nampak membuahkan hasil kepada kerajaan campuran, ia walaupun UMNO-Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan paling teruk berbanding parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) semasa enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

“Kita melihat kerjasama UMNO-DAP telah membuahkan hasil, dan saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan UMNO-BN yang membantu kempen calon PH pada PRN lalu.

“BN dan PH hanya ‘kahwin’ serta berkawan dalam tempoh lapan bulan, justeru beri kami masa empat hingga lima tahun lagi.


“Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan semakin kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Kor Ming terdahulu menyempurnakan Majlis Pra-pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023.

Jelasnya, UMNO yang mewakili BN memenangi hampir semua kerusi ditandingi parti itu pada PRN Negeri Sembilan, selain gandingan berkenaan turut membantu mengekalkan penguasaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Perpaduan menghormati pilihan dibuat pengundi pada PRN lalu, dan fokus kini terarah kepada tugas serta memastikan rakyat terus hidup selesa.

“Saya percaya rakyat sudah mula nampak keikhlasan dan komitmen DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat,” katanya lagi.

Pilihan raya bagi enam negeri pada Sabtu menyaksikan UMNO hanya meraih 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Keputusan menunjukkan gabungan PH-UMNO hanya berjaya di Negeri Sembilan apabila menang majoriti dua pertiga dengan UMNO menyumbang 14 dari 30 kerusi untuk kerajaan negeri.

UMNO gagal menyumbang lebih dari dua kerusi kepada gabungan itu di semua negeri lain, termasuk di Kedah.

Di Terengganu, kedua-dua UMNO dan PH gagal meraih kemenangan dan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi DUN.


Sumber I Agenda daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo