NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan kebocoran data: Individu lapor polis, MB akui butiran peribadi digunakan

YB Viral (tiga dari kiri) bersama rakan pempengaruh media sosial (dari kiri) Zam Yahya, Olivia, dan Papa Berry selepas membuat laporan polis di Ampang, Selangor, berhubung dakwaan kebocoran data peribadi.


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengakui bahawa data peribadi pengundi di negeri itu digunakan untuk mendaftarkan mereka ke dalam skim insurans yang diuruskan oleh anak syarikat kerajaan negeri Menteri Besar Inc.

Ia susulan laporan polis dibuat sekumpulan pempengaruh media sosial kerana bimbang berlaku kebocoran data peribadi. 

Amirudin berkata proses itu adalah bersifat "prapendaftaran" untuk Skim Insurans Hayat Selangor (Insan) kerajaan negeri, sambil menambah bahawa data itu disediakan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. 

“Data itu merupakan data awam yang boleh dibeli dan kita mendaftarkan mereka sebagai prapendaftaran,” katanya dipetik Bernama sebagai berkata, berikutan kemarahan pengguna di media sosial berhubung kebocoran data peribadi.

Beliau berkata prapendaftaran itu dilakukan untuk memudahkan pelaksanaan polisi insurans percuma itu, sambil menambah orang ramai boleh memilih untuk mengaktifkan penyertaan dengan membuat pengesahan butiran peribadi mereka.

Program Insan menawarkan perlindungan sehingga RM10,000, dan ia ditawarkan kepada kira-kira enam juta penduduk Selangor berumur dari 30 hari hingga 80 tahun.

Sementara itu, Amirudin menafikan dakwaan wujud kebocoran data.

“Kita akan mantapkan kawalan kita terutama jika berlaku pelanggaran terhadap data dan sebagainya, tetapi yang berlaku ini adalah (proses) prapendaftaran maknanya kalau tak nak tak perlu ambil polisi ini,” katanya.

Kebocoran data itu mula-mula disedari apabila penyokong Pakatan Harapan (PH) menyebarkan tangkap layar butiran peribadi pempengaruh media sosial pro-pembangkang, dalam usaha untuk menunjukkan bahawa mereka mendapat faedah daripada skim insurans kerajaan negeri. 

Tindakan itu sebaliknya memakan diri apabila beberapa pempengaruh media sosial membuat laporan polis mengenai penggunaan data peribadi tanpa persetujuan mereka. 

Salah seorang daripada mereka ialah pengulas politik terkenal yang lebih dikenali sebagai YB Viral, yang menggesa Amirudin menjelaskan bagaimana data peribadi dipindahkan ke syarikat swasta.

“Kita ingin tahu apa yang berlaku.

“Kita nak tahu bagaimana kita boleh didaftarkan ke dalam program insurans ini tanpa consent (persetujuan) kita dengan data dan nombor kad pengenalan kita.”

Beliau berkata pertanyaan oleh individu yang terkesan dengan syarikat insurans datang dengan lebih banyak soalan, di mana mereka diberitahu bahawa tiada butiran mengenai polisi insurans mereka.

"Kami mendapati lebih ramai pengundi di Selangor semuanya telah didaftarkan untuk skim ini tanpa persetujuan mereka," katanya sambil menambah bahawa peguam menasihati mereka untuk membuat laporan polis.


Sumber | MalaysiaNow



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo