NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan fitnah Ahli Parlimen Bangi, pemimpin PAS sedia lawan di mahkamah

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan memfailkan writ saman selepas Yang Dipertua PAS Bangi Mohd Shafie Ngah gagal memohon maaf.



PETALING JAYA: Yang Dipertua PAS Bangi Mohd Shafie Ngah memaklumkan akan menjawab tuntutan saman dikemukakan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berhubung dakwaan kenyataan fitnah.

Shafie yang menang kerusi Sungai Ramal pada PRN Sabtu lalu, mengesahkan menerima writ saman yang telah difailkan Syahredzan di mahkamah.

“Kita lawan di mahkamah insya-Allah. Hari ini baru berkesempatan jumpa peguam setelah bergelumang dengan kempen selama dua minggu tanpa henti.

“Insya-Allah saya akan jawab satu persatu. Beri saya waktu yang cukup. Ini perhitungan melibatkan ideologi – PAS dan DAP. Selagi nyawa dikandung badan, saya lawan sampai mati,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pada Julai lalu, Syahredzan memberi tempoh 48 jam kepada Shafie Ngah untuk memohon maaf dan membayar pampasan susulan kenyataan fitnah dibuat.

Katanya, Shafie membuat beberapa kenyataan fitnah terhadapnya dalam dua majlis Perikatan Nasional (PN) diadakan pada Oktober 2022 dan awal bulan ini, yang turut disiarkan di media sosial selain mendapat liputan media.

Bagaimanapun, pada 5 Ogos, Syahredzan memaklumkan telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Julai lalu, selepas Shafie didapati gagal memenuhi tuntutannya sebelum ini.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo