NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cari pakar komunikasi komuniti, penganalisis ulas desakan tukar ketua J-Kom

Gambar: Lobak Merah


PETALING JAYA: Pensyarah pengajian media berpendapat kerajaan perlu meletakkan seorang pakar strategi komunikasi dan informasi komuniti untuk mengetuai Jabatan Komunikasi (J-Kom) yang “dipersalahkan” selepas keputusan PRN Sabtu lalu.

Diketuai Agus Yusoff, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penganalisis politik, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dikritik kerana gagal menyampaikan maklumat berkaitan pelbagai inisiatif kerajaan perpaduan.

Kelmarin, Adun Skudai Marina Ibrahim yang juga penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor menyarankan Agus ditukar berikutan banyak manfaat diperkenalkan kerajaan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak diketahui rakyat.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Ahmad Faisal Mohamed Fiah berkata mungkin terlalu awal meletakkan kesalahan dan tanggungjawab di bahu Agus semata-mata.

“Tetapi kalau Agus merasakan beliau bertanggungjawab dalam hal ini maka wajar juga untuknya melepaskan jawatan, berikan kepada orang betul-betul memahami berkaitan penyampaian, strategi, kumpulan sasar…mungkin itu wajar.

“J-Kom perlu perlu dimantapkan, mungkin mewujudkan lebih banyak unit yang lebih spesifik sebab sekarang ini agak kabur peranan dan penglibatannya,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, rakyat juga mungkin keliru tugas menyampaikan maklumat turut dibuat Jabatan Penerangan (Japen).

“Tetapi dalam J-Kom mungkin kewujudan dia lebih spesifik yang mungkin tak dapat nak dikendalikan sendiri oleh Japen.

“J-Kom mungkin mencari sasaran kumpulan tertentu, sedangkan Japen lebih makro…mungkin perdana menteri ada jawapan mengapa J-Kom perlu diletakkan di bawah JPM,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata J-Kom perlu menggunakan kaedah ‘perang saraf’ dalam memastikan rakyat memahami dasar yang dibawa kerajaan.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu memansuhkannya kerana peranan agensi itu mampu menyatupadukan masyarakat.

“Secara keseluruhannya, J-Kom masih lagi berfungsi, cuma kita boleh mewujudkan penambahbaikan kerana dalam membentuk konsep Malaysia Madani, ia perlu dijalankan dengan lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo