Juwairiya Zulkifli yang kalah kepada Azmin Ali di Hulu Kelang dengan 1,617 undi berkata, keputusan semalam tidak mencerminkan kehendak sebenar rakyat kawasan itu apabila 22,125 orang atau 31% tidak keluar mengundi.
Timbalan ketua Wanita PKR berkata, “angka membimbangkan” itu perlu
dikaji secara mendalam untuk mengetahui apakah petunjuk sebenar cuba
disampaikan oleh kelompok berkenaan.
“Apa yang lebih membimbangkan dan perlu dikaji adalah mengapa 22,125 orang (31%) warga Hulu Kelang tidak keluar mengundi?
“Ini adalah angka yang besar dan tidak mencerminkan kehendak sebenar keseluruhan rakyat,” katanya.
Pertama saya hendak memberitahu kepada 'budak muda' dalam PH ini kalah dalam sesuatu PRU atau PRN suatu perkara yang lumrah apatah lagi kalah dengan angka yang kecil. Di Kelantan dan Terengganu kalah sekitar 50 undi adalah perkara biasa malah bukan satu atau dua tempat malah lebih. Mereka terima hakikat terutama PAS. Mereka tak persoal kehendak rakyat walaupun kerajaan BN pada masa itu sogok dan ancam rakyat sama seperti Anwar dan kerajaan PH yang Juwairiya dokong sekarang.
Belajar dengan PAS, mereka tak bising tetapi buat kerja dan rampas semula |
Sama juga dengan keputusan PRU-15 sebelum ini PKR hanya dapat 31 kerusi. Adakah Juwairiya rasa nya kehendak rakyat mahukan Anwar Ibrahim menjadi PM? Parti PKR bukan lambang kehendak rakyat sepatutnya Juwairiya rasa malu kepada diri sendiri dengan menjual nama raja-raja, dengan menipu rakyat kononnya nak sumbat sakau akhir berpeluk cium dengan sakau dan membelakangi rakyat demi tergila-gila nak menjadi PM.
Mana maruah diri?
Mana hebatnya PKR dan Anwar Ibrahim sekadar menjadi pembohong dan pendusta yang memutar belitkan dan memanipulasi keadaan demi sedikit keuntungan.
Lebih baik Juwairiya mula hari ini koreksi diri, dekati rakyat baca dan dalami hati naluri rakyat. Jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri bergembang dengan tahi.
NASIR RAMLEE
Penulis Bebas
........
Komen: PMX mana ada maruah, bukak mulu mohong!
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment