PETALING JAYA: Jentera Pakatan Harapan (PH) ditegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membuka kaunter bergerak untuk berkempen bagi PRK Parlimen Pulai di tapak pasar malam Taman Sutera, Johor Bahru, petang tadi.
Petugas SPR yang bertanggungjawab memantau perjalanan kempen di kawasan berkenaan kemudian meminta jentera PH menutup kaunter bergerak itu.
“Jika mengikut permit dikeluarkan polis, jentera PH hanya dibenarkan berkempen di sini bermula 7.30 malam.
“Ketika waktu ini (5.30 petang tadi) adalah waktu jentera Perikatan Nasional (PN).
“Perbezaan waktu yang diberikan itu bertujuan untuk memastikan tiada sebarang perselisihan dan pertembungan berlaku antara jentera kedua-dua pihak, PH dan juga PN,” katanya menurut Harian Metro.
Sehubungan itu, bekas Adun Perling, Cheo Yee How, meminta jentera PH menutup sementara kaunter berkenaan bagi mematuhi peraturan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment