NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN-PH sukar menang di Kedah : MCA

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melihat tumpuan diberikan BN-PH menentang Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hingga memberi ruang kepada PN menerobosi Selangor.

MCA akui sukar untuk gabungan kerajaan, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang di Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata kerajaan campuran itu terlalu fokus menentang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hingga ‘membenarkan’ Perikatan Nasional (PN) menerobosi Selangor yang ditadbri BN-PH.

“Jadi saya rasa kalau boleh kita lebih kepada mempertahankan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor. Terlalu banyak perhatian diberikan kepada Kedah khususnya menentang Sanusi.

“Ia sehinggakan Perikatan Nasional (PN) telah memasuki banyak kawasan di Selangor dan saya rasa daripada percaturan itu PN lebih fokus untuk mendapatkan Selangor sebab itu sebagai ‘enjin’ pembangunan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan MCA Rompin di Jempol, hari ini, lapor Sinar Harian.

Katanya, PN tidak ada masalah untuk mempertahankan Kedah justeru BN-PH perlu memanfaatkan tempoh 24 jam ini untuk mempertahankan Selangor.

“Negeri Sembilan kita tak risau seperti mana saya katakan tadi mempunyai sokongan padu ahli UMNO yang kuat pada pilihan raya yang lepas, tetapi kerisauannya itu akan nampak pemindahan penuh (transferability) undi-undi daripada BN kepada PH iaitu di kawasan kawasan kerusi campuran Melayu, India dan Cina.

“Itulah kawasan yang akan menentukan sama ada kita menang dengan besar ataupun kita menang dengan kerusi yang tak begitu banyak adalah bergantung kepada kemenangan pertempurannya di kawasan campuran.

“Jadi, di situ walaupun ada sokongan masyarakat Cina kita tak pasti lagi bagaimana dengan sokongan masyarakat Melayu. Itulah yang menjadi cabaran kepada kita sebab lebih mudah untuk PH memindahkan undi mereka kepada BN kerana PH itu ‘fix deposit’ mereka undi Cina,” katanya.


Sumber I Agenda daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo