NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belum bincang jawatan dalam kerajaan P Pinang



KEPALA BATAS: Adun Bertam Reezal Merican Naina Merican belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung penyertaannya dalam pembentukan kerajaan Pulau Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.

“Belum lagi (berbincang), dengan mana-mana kepimpinan negeri. Saya ada bercakap dengan beberapa pemimpin parti tetapi itu sahaja, kami tidak berbincang secara mendalam,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra dengan masyarakat setempat.

Pada PRN Pulau Pinang semalam, Reezal menang dengan majoriti 2,321 undi apabila memperoleh 10,453 undi menewaskan bekas penyandang kerusi Khaliq Mehtab Mohd Ishaq daripada Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 8,132 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Di Pulau Pinang, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan perpaduan selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.

DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi, PKR (tujuh), Amanah (satu) dan BN (dua), manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.

Sementara itu, Reezal yang juga bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, menyifatkan kemenangan di DUN Bertam itu sebagai menebus kegagalan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pada PRU15.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo