Ahli MKT Johan Abdul Aziz berkata Umno ketika ini sedang tumpu pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. |
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Johan Abdul Aziz berkata perbincangan berkenaan prestasi teruk Umno pada PRN enam negeri mungkin hanya akan dilakukan selepas selepas PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
Adun Dusun Tua itu berkata Umno sedang tumpu pada PRK di Johor, yang akan ke peti undi pada 9 Sept.
“Belum, sekarang fokus PRK,” kata Johan kepada FMT.
Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk mengadakan perhimpunan agung khas membincangkan perkara itu, Johan berkata Presiden Zahid Hamidi akan turun ke seluruh bahagian Umno untuk memberikan penerangan.
“Presiden dah buat kenyataan nak turun ke bahagian-bahagian,” katanya.
PRN di enam negeri lalu menyaksikan Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) hanya menang di 19 daripada 108 kerusi DUN yang ditandingi.
Prestasi terbaik Umno adalah menang 14 DUN di Negeri Sembilan, berbanding dua kerusi di Pulau Pinang dan Selangor serta satu di Kelantan. Umno juga gagal memenangi sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu.
Susulan itu, seorang anggota MKT Isham Jalil menggesa perhimpunan agung khas diadakan untuk membincangkan hala tuju parti “di saat yang getir dan kritikal ini”.
Pada PRU15 tahun lalu, Umno hanya menang di 26 kerusi Parlimen.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment