NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Basikal lasak bakal jadi tarikan baharu di Tasik Kenyir

Hishamuddin (kiri) ketika melancarkan PTT XCO Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Ahad.


KUALA TERENGGANU - Aktiviti basikal lasak bakal dijadikan antara tarikan pelancongan baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukam Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim.

Beliau berkata, trek berbasikal hutan yang dibina di kawasan berkenaan berpotensi menarik minat penggemar aktiviti lasak dari seluruh negara ke Tasik Kenyir.

"Ini antara permulaan inisiatif dilakukan oleh syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) khususnya untuk menarik pelancong hadir ke Tasik Kenyir khususnya di Pulau Poh.

"Inisiatif itu dapat membantu melonjakkan sektor pelancongan sekali gus menjana pendapatan penggiat industri tempatan.

"Ia juga membantu rakyat menjana pendapatan tambahan selain mengalakkan sektor eko pelancongan di Pulau Poh," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Soft Launch PTT XCO Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 di Wisma Darul Iman di sini pada Ahad.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, dengan wujudnya fasiliti dan kemudahan penginapan, restoran dan jeti di kawasan berkenaan dapat merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan.

"Malah ia berpotensi menarik minat peminat basikal ke trek berbasikal hutan yang bakal dijadikan kawasan trek tetap," ujarnya.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo