Ahli Parlimen Julau Larry Sng berkata beberapa menteri masih baharu dalam pentadbiran kerajaan dan belum dapat menunjukkan perubahan ketara dalam perkara membabitkan dasar. (Gambar Bernama) |
PETALING JAYA: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukan rombakan Jemaah Menteri dengan melantik Ahli Parlimen berpengalaman bagi menarik semula keyakinan rakyat khususnya orang Melayu yang “kian hilang”.
Beliau turut mencadangkan nama bekas menteri kewangan Johari Abdul Ghani, bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad untuk menganggotai semula barisan Kabinet.
Sng turut mencadangkan Khairy Jamaluddin dibawa masuk dalam barisan Jemaah Menteri dengan melantik bekas menteri kesihatan itu sebagai senator.
“Anggota Jemaah Menteri ketika ini masih baharu dalam pentadbiran kerajaan dan belum dapat menunjukkan perubahan ketara dalam perkara membabitkan dasar.
“Bagaimanapun, kerajaan ini tidak mempunyai kelebihan masa yang banyak. Rakyat makin terasa terhimpit dan tidak banyak dilakukan kerajaan untuk menangani masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Ahli Parlimen Julau itu juga meluahkan rasa bimbang dengan segelintir dalam kepimpinan kerajaan yang mengambil mudah kesabaran dan sokongan rakyat.
“Jangan lupa politik adalah dinamik dan sokongan pengundi boleh berubah bila-bila masa lihat sahaja keputusan PRN baru-baru ini,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment