Sanusi Nor sebelum ini tidak dapat mengesahkan sama ada akan dilantik semula menerajui kerajaan Kedah. |
PETALING JAYA: Istiadat mengangkat sumpah menteri besar Kedah baharu dijadual berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pagi esok.
Menurut Astro Awani, ia berdasarkan surat jemputan media dikeluarkan pihak Istana Kedah dengan istiadat berkenaan berlangsung pada 9 pagi.
Istiadat tersebut akan berlangsung di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Kata laporan itu, sidang media akan dibuat menteri besar baharu sejurus selesai istiadat angkat sumpah.
Bagaimanapun, masih tidak dapat disahkan sama ada Sanusi Nor akan kekal memegang jawatan tersebut atau sebaliknya.
Pada PRN Kedah, Perikatan Nasional (PN) Kedah menang 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga.
Semalam, Sanusi memaklumkan beliau sendiri tidak tahu sama ada namanya berada dalam senarai individu akan dilantik bagi jawatan itu, sambil menyatakan hal berkenaan bakal diputuskan pimpinan tertinggi PN.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment