Datuk Seri Aminuddin Harun yakin akan kekal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas ini dan dijangka mengangkat sumpah esok.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu menyatakan keyakinan dapat menjadi MB semula kerana keputusan itu sudah dibuat gabungan itu sebelum ini lagi dan bukan UMNO yang akan akan mendapat jawatan utama tersebut.
“Di peringkat PH, kita masih sebulat suara mencadangkan saya untuk menjadi Menteri Besar dan saya rasa itu tidak berubah sampai sekarang,” katanya dipetik laporan BH hari ini.
Dijadualkan Majlis istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan jam 3 petang di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah esok.
Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, gabungan Pakatan Harapan (PH)-UMNO memperoleh 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mengulas peratusan mengundi di Negeri Sembilan yang tidak sampai 70 peratus, Aminuddin berkata, pihaknya turut terperanjat apabila ramai pengundi tidak keluar mengundi semalam.
“Sedangkan saya lihat maklum balas mereka yang balik daripada luar itu amat baik pada malam sebelumnya.
“Tetapi semalam cukup tenang, saya pun hairan apa yang berlaku di pusat-pusat pengundian.
“Sehinggakan di kawasan-kawasan perumahan juga kita lihat tak banyak pergerakan daripada penduduk. Kita tak tahu apa punca tidak keluar mengundi,” katanya.
Beliau berpandangan, berkemungkinan faktor peratusan orang ramai keluar mengundi ini rendah adalah disebabkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang baru berlangsung.
“Mungkin mereka telah mengundi pada pilihan raya lepas.
“Pengajaran daripada ini, kita mesti pastikan bahawa selepas ini PRU dan PRN boleh disekalikan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat,” katanya lagi.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment