SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun secara terbuka mengakui wujud pergeseran antara beliau dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu, beliau jarang datang ke Ampangan penggal lalu kerana menghormati Mohamad Rafie yang dianggap sebagai sahabatnya.
Namun, beliau mendakwa, Mohamad Rafie tidak menghormatinya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan PH di Negeri Sembilan.
“Saya hormat sebagai kawan sebagai teman, saya tak nak tunjuk ada pergeseran, tetapi memang ada sebab dia tak hormat saya.
“Hari ini dia dah masuk tempat lain, saya cakap terus terang kepada tuan-tuan,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Bicara Serangkai Perpaduan di Ampangan di sini, malam ini.
Mohamad Rafie bertanding sebagai calon Bebas setelah tidak berpuas hati dengan keputusan PKR meletakkan Ketua Wanita PKR Cabang Seremban, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman untuk menggantikannya.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan itu juga mendakwa, penggugurannya itu ada kaitan dengan usaha Aminuddin dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk mencantasnya.
Tindakan Mohamad Rafie itu dilihat boleh menjejaskan sokongan terhadap Tengku Zamrah yang juga berdepan cabaran daripada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ghazali Zainal Abidin. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment