NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akar umbi Umno tak selesa frasa ‘UmDAP’, kata calon BN

Shaiful Hazizy Zainol Abidin berdepan Hanif Ghazali daripada Perikatan Nasional di kerusi Tanjong Dawai. 


MERBOK: Seorang calon Barisan Nasional (BN) Kedah mengakui “UmDAP” iaitu gabungan Umno dan DAP dimainkan lawan, memberi kesan terutama dalam kalangan akar umbi yang dibimbangi tidak menyokong parti itu pada PRN 12 Ogos ini.

Calon BN Tanjong Dawai, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata ahli Umno masih dihantui kerjasamanya dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP dan berasa sangsi untuk memberi sokongan.

“Kena akur bahawa kita masih lagi dihantui dengan UmDAP (Umno dan DAP) dalam kalangan ahli akar umbi, tetapi apabila tiba masa untuk kita berdepan lawan sepatutnya…walaupun hati tidak selesa tetapi mereka harus meletakkan kepentingan parti lebih dari segala-galanya.

“Kerjasama ini baru lapan bulan, bagi saya ini adalah ujian dan masih awal untuk menilai kerjasama,” katanya yang juga ketua penerangan Umno Kedah kepada FMT baru-baru ini.

Shaiful berkata, kerjasama BN-PH tidak boleh disifatkan gagal jika kalah pada PRN Kedah 12 Ogos ini, sebaliknya perlu diberi masa untuk mencari keserasian memandangkan kedua-duanya telah lama bermusuh.

“Kita nak cari persamaan ideologi politik ia ambil masa, kena ada pendirian sebab kita berhadapan dengan DAP cukup lama, dan kita punya perang dengan DAP sangat sengit.

“Tapi kita kena ada sikap saling memaafkan, kalau tak ada sentimen untuk memaafkan saya rasa kita tak boleh bergerak ke hadapan, macam saya sendiri saya sudah maafkan (DAP),” katanya.

Shaiful berdepan pertandingan satu lawan satu dengan Hanif Ghazali daripada Perikatan Nasional (PN) di kerusi Tanjong Dawai.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo