NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Yakob : Murabbi dan guru politik

MURABBI DAN GURU POLITIK

Hari terakhir bersama YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob di Pejabat Menteri Besar Kelantan. Hiba dan sayu mengenang jasa dan pengorbanan beliau untuk ummah.

Susuk yang disayangi oleh rakyat Negeri Kelantan tidak kira agama dan ideologi politik. Beliaulah legasi penerus kepada kepimpinan Sang Murabbi Ummah ( Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat ).

Pengalaman sepanjang berada dalam politik, Dato' Ustaz Mad adalah manusia aneh.

Aneh!

- Walaupun bergelar Pesuruhjaya, tak angkat nama beliau untuk dicalonkan bertanding PRN15 sehingga diminta oleh Pimpinan.

- Tidak mahu dilantik menjadi Menteri Besar semula.

- Satu ketika, bila ditawarkan berkali-kali untuk terus memegang Menteri Besar walaupun dalam tempoh tertentu, ditolak.

- Antara alasan diberi masalah kesihatan sedangkan semasa kempen Pilihanraya bergerak turun padang mengalahkan calon muda.

- Ambo takut akhirat nanti, ditanya tentang amanah kepimpinan ini, takut tak lepas...jadi cukup dah ambo jadi Menteri Besar, lagi pon boleh fokus khidmat kepada ibunda yang uzur.

- Rasa amat-amat lega, tenang dan ringan kepala apabila melepaskan jawatan ini.

- Bila-bila tu banyak lagi siri-siri yang menyaksikan beliau seorang yang taat kepada parti dan tak meminta jawatan bahkan menolaknya.

Ketika PAS berada di puncak kejayaan dan menang bergaya pada PRN-15 tiga hari yang lepas, beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar kepada kepimpinan baru.

Perkara ini menjadi tanda tanya banyak pihak siapakah bakal menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru.

Insya-Allah pukul 3.00 petang nanti akan terjawab semua persoalan itu. Kita doakan supaya kepimpinan baru ini terus memacu Negeri Kelantan kearah Kemakmuran, Keberkatan dan Kebajikan.

Apa yang saya nak kongsi dengan rakan-rakan dan sahabat seperjuangan.

Pengalaman satu penggal dilantik menjadi Pegawai Khas (Tugas-tugas Khas) Menteri Besar Kelantan dan berkecimpung dalam arena politik bersama beliau sejak 2009 dalam kawasan Tumpat banyak mengajar erti perjuangan, pertadbiran dan kerahsiaan.

Kata mantan Setiuasaha Sulit beliau semasa TMB " beliau seorang yang tenang dan teliti dalam menerima sesuatu maklumat, membuat keputusan secara kolektif, tekun dan bijak menganalisis sesuatu berita. Segala permasalahan diselesai secara bijak".

Di Pejabat
Setiap kali saya masuk berjumpa beliau, tidak kurang setengah jam diberi masa untuk mendengar permasalah rakyat dan mencari penyelesian. Dibuka Buku Undang-Undang Negeri Kelantan dibaca dan dihurai sehingga beberapa perenggan. Mengajar tentang selok-belok pentadbiran dan banyak lagi..

Masa & ibadah
Sepanjang menguruskan program, beliau amat menjaga masa. Solat dhuha tak pernah tinggal kecuali sekali sahaja ketika rawatan di hospital.

Kerahsiaan
Allahurabbi, sungguh pahit menjaganya.

Di rumah
Boleh dikatakan rutin harian beliau selapas asar berada di beranda rumah membaca kitab dan menghafal al-Quran. Pakaian kerja dan harian gosok sendiri dan jika ada masa lapang menjadi tukang rumah sendiri.

Saya menyaksikan beliau adalah MURABBI dan Guru Politik untuk tatapan generasi kita.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo