NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad mahu berundur jadi MB kerana uzur, kata Hadi

Abdul Hadi Awang mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang sempena PRN di pusat mengundi SK Rusila hari ini. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan parti itu untuk melakukan perubahan jawatan menteri besar di Kelantan kerana Menteri Besarnya Ahmad Yakob uzur.

Beliau berkata atas faktor itu, Ahmad meminta untuk berundur daripada jawatan terbabit jika PAS berjaya mengekalkan pentadbiran mereka di negeri itu pada PRN.

Mengenai jawatan timbalan menteri besar pula, Hadi berkata ia kerana parti itu juga mahu berlaku perubahan di Kelantan.

“Menteri besar undurkan diri kerana uzur. Dulu pun dia (Ahmad) minta merayu supaya lantik (ganti lain), kita minta lagi (teruskan). Masa tengah-tengah bertugas tu pun dia desak minta (ganti) dan memang dia keuzuran.

“Berapa kali dia masuk hospital terima rawatan. Kali ini kita pertimbangkanlah, kesian pada beliau (Ahmad).

“Kita mahu semangat baharu di Kelantan. Ada perubahan di Kelantan sebab itulah timbalan juga diubah,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuang undi di SK Rusila, menurut Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Yakob dan timbalannya, Mohd Amar Nik Abdullah bakal digantikan dengan kepimpinan baharu sekiranya PAS berjaya mengekalkan pentadbiran di negeri itu pada PRN.

Ahmad yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan sebelum ini memaklumkan pencalonannya itu memasuki penggal ketujuh dan merupakan yang terakhir.

Beliau juga mahu memberi laluan kepada calon muda selepas ini.

Selain itu, Hadi turut menafikan pertukaran kepimpinan itu kerana berlaku desakan tertentu dan isu yang berlaku.

Bagaimanapun katanya, calon pengganti bagi jawatan itu akan diterima semua pihak termasuk rakyat Kelantan.

“Tak adalah. Memang sudah lama sangat memerintah. 30 tahun tu letihlah orang yang bertugas tu,” katanya.

“Lepas keputusan rakyat (kerajaan dibentuk), kita sudah ada calon yang kita kemukakan pada Tuanku (Sultan Kelantan). Perbincangan dengan Tuanku akan berlaku. Insya-Allah… diterima rakyat dan diterima Tuanku,” ujarnya.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo