NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adun Bersatu ketua pembangkang NS

Timbalan Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan Muhammad Noraffendy Mohd Salleh berkata keputusan itu dibuat pucuk pimpinan PN sama ada memilih Adun Gemas atau Labu. 


PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) memutuskan Adun Bersatu akan dilantik sebagai ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan, Muhammad Noraffendy Mohd Salleh, berkata keputusan itu dibuat pucuk pimpinan PN sama ada memilih Adun Gemas atau Labu.

“Ia boleh jadi Adun Gemas, Ridzuan Ahmad atau Adun Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada PRN Negeri Sembilan 12 Ogos lalu, selain dua kerusi tersebut, PN juga menang di Paroi, Serting dan Bagan Pinang.

Dalam pada itu, beliau berkata, satu sekretariat khas akan dibentuk bagi membantu lima Adun PN memantau perjalanan kerajaan negeri selain memastikan gabungan tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembangkang dengan lebih efektif.

Katanya, sekretariat itu bukan sahaja terdiri daripada kepimpinan parti tetapi juga NGO.

“Sekretariat ini bukannya mahu mengawal wakil rakyat tetapi kita nak membantu membawa usul-usul yang lebih komprehensif kepada dewan (DUN).

“Ini kerana semua Adun kita tiada pengalaman sebagai wakil rakyat, jadi perlunya untuk kita sama-sama memainkan peranan sebagai semak dan imbang,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo