NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abdul Hadi akan persembah calon Menteri Besar Terengganu


MARANG:
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizal Zainal Abidin bagi mempersembahkan calon yang akan diangkat sebagai menteri besar bagi membentuk kerajaan baharu.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis angkat sumpah menteri besar akan dilakukan sebaik mendapat perkenan Sultan.

Katanya, proses pembentukan kerajaan negeri termasuk barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijangka diselesaikan dalam tempoh seminggu.

"Presiden Pas akan mulakan proses untuk mempersembahkan (senarai nama) kepada Tuanku (Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin) dan cadangan yang sepatutnya.

"Namun, tarikh tepat bagi majlis angkat sumpah adalah tertakluk kepada istana dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu," katanya ketika ditemui pemberita di Rusila, di sini, malam Sabtu.
Dalam perkembangan sama, katanya barisan Exco yang akan dilantik juga akan distruktur semula termasuk melantik dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Itu (barisan exco) masih dlm pertimbangan kerana kita kena teliti pelbagai perkara kerana kita sekarang menjadi sebuah parti muafakat politik dalam Perikatan Nasional (PN).

"Sudah tentulah ada pertimbangan dan penambahbaikan dalam portfolio yang perlu diharmonikan... Kita akan ambil masa untuk teliti semula kedudukan portfolio ini," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu.

PRN Terengganu dan PRK Kuala Terengganu yang berlangsung pada Sabtu mencipta sejarah selepas semua calon PN memenangi kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi termasuk satu kerusi Parlimen.
Daripada jumlah itu, sebanyak 27 kerusi ditandingi calon Pas manakala lima lagi kerusi oleh calon Bersatu.

- Sinar Harian


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo