NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

94 laporan salah guna MyKad pada hari pengundian diterima, kata KPN

Ketua Polis Negara Razaruddin Husain, berkata sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian semalam.


KUALA LUMPUR: Polis menerima sejumlah 94 laporan berhubung kesalahan menggunakan nama dan kad pengenalan (MyKad) orang lain untuk mengundi pada PRN di enam negeri semalam.

Ketua Polis Negara Razaruddin Husain, berkata Selangor merekodkan jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahan tersebut iaitu 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah dan Terengganu.

Katanya, kesalahan tersebut membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

“Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian semalam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sebanyak 240 kertas siasatan dibuka membabitkan 1,951 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen PRN di enam negeri sehingga semalam.

Razaruddin berkata 78 kertas siasatan dibuka di Selangor diikuti masing-masing 42 di Pulau Pinang dan Kedah, Terengganu (34), Negeri Sembilan (25) dan Kelantan (19).

“Setakat semalam, kita telah menahan 15 individu iaitu sembilan orang di Kedah dan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata polis meluluskan 4,506 permit dalam tempoh berkempen yang bermula pada 29 Julai lalu dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu 976 permit diikuti Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan Pulau Pinang (452).

Kesalahan lain yang dilaporkan adalah khianat bendera, mempamer logo politik, menghalang penjawat awam dan perhimpunan menyalahi undang-undang, katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo