Sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di Elmina, Shah Alam, petang tadi. Gambar: Bernama |
Sejumlah enam penumpang dan dua kru penerbangan berada dalam pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Ketika mengesahkan kemalangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Norazman Mahmud berkata pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV itu, dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd.
“Pesawat berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2:08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Norazman berkata hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang, ialah pada jam 2:47 petang dan kebenaran mendarat telah diberikan pada jam 2:48 petang.
“Pada jam 2:51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas, namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut,” katanya dan menambah Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KL ARCC), telah diaktifkan bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat.
Norazman berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.
Gambar dan video di kawasan kemalangan berhampiran kawasan kediaman itu, telah viral di media sosial.
Sumber I MalaysiaNow
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment