NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 nama dipersembah jawatan MB Kelantan


KOTA BHARU:
Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai menteri besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, hari ini.

Ahmad berkata, senarai nama tersebut juga telah mendapat persetujuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Nama telah mendapat persetujuan presiden PAS kerana watikah presiden akan diangkat kepada Sultan Kelantan.

“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada 3 petang, 15 Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat dan Kelantan, malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Hadi itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo