NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 lelaki ditahan rogol gadis 13 tahun

Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah berkata ketiga-tiga suspek ditahan reman hingga Isnin ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. (Gambar Freepik)



PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 12 tahun secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Menurut Harian Metro, mangsa dirogol suspek berusia 18 hingga 20 tahun itu selepas berkenalan menerusi media sosial.

Kata laporan itu lagi, seorang daripada suspek sudah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sejak Julai lalu dan kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, kejadian itu diketahui oleh ibu mangsa yang kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah berkata pihaknya menerima laporan ibu mangsa pada jam 3.35 pagi semalam.

“Susulan laporan itu polis menahan ketiga-tiga suspek di sekitar Batu Pahat.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi mendapatkan perintah tahanan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo