NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Zahid tidak akan mahu Najib keluar, Najib keluar, habis masa depan politik Ahmad Zahid,” kata Wan Saiful



KUALA LUMPUR – Kedudukan Presiden UMNO akan terkesan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan diraja, dan keluar penjara, kata  Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, pandangannya itu berdasarkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru agar penyong Najib bertindak mengasingkan perundangan terhadap beliau dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

“(Datuk Seri) Ahmad Zahid tidak akan mahu Najib keluar (penjara), Najib keluar, habis masa depan politik Ahmad Zahid,” kata Wan Saiful dalam siri ceramah isu-isu semasa di Markas PAS UDM Paya Stesen pada Khamis lalu.

Wan Saiful mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang berkata, tidak ada sebab untuk penyokong bekas perdana menteri itu untuk memboikot PRN pada 12 Ogos depan.

Susulan kenyatan Presiden UMNO itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mengakui ramai penyokong bapanya itu seolah-olah sudah hilang sabar terhadap isu pembelaan terhadap Najib.

Wan Saiful turut berkata, kenyataan Ahmad Zahid adalah sesuatu yang tidak perlu dilafazkan kerana UMNO kini adalah penyokong kepada Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, kenyataan Ahmad Zahid dilihat canggung kerana beliau adalah timbalan perdana menteri dan mempunyai matlamat untuk membantu Najib.

“Ahmad Zahid terpaksa buat satu kenyataan secara terbuka bahawa beliau minta mereka yang sokong Najib dalam UMNO tolong sokong kerajaan pada hari ini.

“Sepatutnya tidak perlu sebut sebab sama-sama ahli UMNO. Tapi sebab apa, dia tahu bahawa orang Najib pun tidak sokong dia, mereka berharap apabila Ahmad Zahid jadi TPM, mereka mengharapkan beliau akan bantu Najib tapi itu cuma harapan mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo