NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid dakwa rakyat Kelantan inginkan ‘gelombang biru’

GUA MUSANG: Kerjasama Barisan Nasional-Pakatan Harapan (PH)  pada pilihan raya negeri (PRN) mencetuskan ‘gelombang biru’.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gelombang biru itu merujuk kepada keinginan rakyat di Kelantan yang mahukan perubahan pentadbiran.

“Saya lihat gelombang biru sedang menggunung di Kelantan. Cara dan kaedah berkempen, kita tidak akan membelasah seteru politik dan memaki hamun, namun, memberi tawaran kepada sebuah negeri itu agar semua bersama Kerajaan Persekutuan.

“Di Kelantan khususnya, pelbagai peruntukan diberikan termasuk peruntukan bagi bekalan air dan bantuan tebatan banjir. Negeri ini juga berpotensi menerima pelaburan dari luar,” katanya kepada pemberita selepas Program Silaturahim Ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia di Dewan Datuk Ariffin Said di Ibu Pejabat Kesedar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, sebanyak 63 peratus calon muka baharu dan 18 peratus penyandang daripada BN diletakkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diyakini mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. 

“Prinsip kami adalah untuk menghidangkan muka-muka baharu untuk anak muda. Selain itu, turut ada keperluan untuk kesinambungan dan kombinasi antara muka lama dan baharu.

“63 peratus calon muka baharu dan 18 peratus mereka yang penyandang manakala selebihnya calon dianggap daripada tokoh-tokoh yang memberikan tawaran untuk berkhidmat semula,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, daripada 108 calon daripada muka baharu, lebih 85 peratus daripadanya merupakan lulusan tinggi akademik dan mempunyai kelulusan profesional. -UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo