Pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang berkopiah dan berserban dibidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dengki dengan kerajaan campuran dipimpinnya.
Anwar menyifatkan kecaman dan kritikan terhadap pentadbirannya daripada pemimpin berkopiah dan berserban PN disebabkan mereka dengki dengan kejayaan dikecapi kerajaan campuran bersama UMNO ketika ini, khususnya kejayaan seperti menarik pelaburan Tesla.
“Ini yang Perikatan Nasional dengki, yang pakai kopiah, yang pakai kain, yang pakai serban.
“Tetapi penyakit dengki di hatinya sama,” katanya dipetik laporan portal MG.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madan dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan malam tadi.
Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Anwar turut menempelak pemimpin-pemimpin PN yang sering membangkitkan tentang isu kluster mahkamah dalam kerajaan campuran.
Menurut beliau, mereka sepatutnya sedar bahawa terdapat lebih banyak kluster mahkamah dalam PN.
“Kalau keadaan yang berlaku sekarang, curi sana curi sini, curi tanah, curi balak, curi nadir bumi, saya ingat lebih ramai kluster mahkamah dalam PN,” jelasnya.
Dalam pada itu, Anwar meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan Aminuddin untuk mempertahankan kekuatan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Beliau juga menyifatkan Negeri Sembilan penting sebagai kekuatan asas Kerajaan Perpaduan.
“Kerja kita adalah selamatkan negeri dan negara dan Negeri Sembilan masih merupakan kubu kuat Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment