NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ungkit ’13 Mei’ Menjelang PRN, Apa motif Lim Kit Siang?



KHAMIS, 20 Julai 2023 – Seorang pemimpin Bersatu telah mempertikaikan tindakan veteran DAP, Lim Kit Siang dengan mempersoalkan tentang motif bagi kenyataan veteran DAP tersebut yang menyatakan bahawa Malaysia kini menuju kearah rusuhan perkauman seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.

Dr. Afif Bahardin, timbalan Bersatu Shah Alam menyatakan sebagai warga Malaysia, beliau masih merasakan selamat dan bebas tanpa sebarang ancaman sewaktu bersama dengan bangsa-bangsa lain.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa (isu) 13 Mei tidak pernah timbul dan mempersoalkan tindakan Kit Siang dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian di waktu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.

Menerusi ucapannya pada sebuah sesi ceramah di Shah Alam malam tadi, Afif turut menuntut anak Kit Siang, Lim Guan Eng untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan beliau mengenai sekatan hak orang bukan Islam sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Pulau Pinang.

Afif turut menyifatkan Guan Eng sebagai seorang ahli politik yang rasis dan menyatakan bahawa orang seperti ini tidak sepatutnya tinggal di Malaysia dan menganggu keamanan.

Kit Siang pada hari semalam telan mengeluarkan kenyataan bahawa negara ini menuju ke arah rusuhan kaum seperti insiden 13 Mei 1969. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu menyatakan maklum balas beliau terhadap tindakan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin yang telah menempelak tindakan penangkapan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Timbalan Bersatu Shah Alam itu turut menyatakan bahawa beliau ingin bertanyakan kepada Saifudin Nasution Ismail, Anwar Ibrahim dan peguam negara tentang mengapakah Guan Eng masih belum dituduh di mahkamah dan mengapakah pilih kasih dalam hal seperti ini.


Sumber I Samudera.my



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. dulu dengar crita be-budak dan be-tua umno kata yg limkitsiang tu pencetus 13mei, manakala kitsiang kata umno yg pencetus 13mei, pkr pula ada dari mereka kata umno yg cetus..
    jadi tak tahu saper sebetulnya cuma yg sahih dua2 group yg dituduh dan menuduh sekarang berada dalam tong yg sama.

    jadi persoalan nya adakah group yg dua nih ada merancang sesuatu yg mereka sama2 tuduh pada sama2 mereka ker?

    tanya ajer.. bukan aper2 pun sebab benda nih di timbulkan oleh pehak yg tertuduh dan menuduh.

    alhamdulillah juga dengar cerita sewaktu tragedi tu terjadi dinegeri yg ditadbir pn/pas tidak berlaku tempias peristiwa tu pada masa tu, jadi mereka takyah ler nak calitkan pada orang2 serta penyokong pas/pn yer, ... kamu sesama kamu maka terserah kamu ler.

    peace.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo