NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umur 98 tahun sudah sangat tua, tapi saya masih boleh ‘bercakap’ – Tun M

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang mengingati dan mengutuskan ucapan selamat hari lahir kepada beliau hari ini.

Beliau menyifatkan peningkatan umur 98 tahun adalah sangat tua, tetapi beliau mengakui masih boleh ‘bercakap’ atau memberikan apa jua pandangan.

Untuk itu, beliau bersedia untuk ditemubual pihak media dan mampu menjawab soalan dengan baik.

“Walaupun saya mungkin lupa beberapa perkataan, tapi sebahagian besar saya boleh ingat semua perkara yang berlaku di masa dahulu, sejarah dan semua soalan yang anda berikan kepada saya.

“Saya harap kerjasama kita akan berterusan dengan baik, saya tidak mengharapkan semua orang sokong saya, tapi saya menjangkakan setiap orang dapat menulis yang benar dan berfakta tentang saya dan tidak mengubah apa-apa,” katanya dalam rakaman suara yang dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp media.

Dr. Mahathir pada masa sama turut berterima kasih atas doa yang baik daripada semua orang dan mengharapkan kerjasam baik dengan media dapat dikekalkan pada masa depan.

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 merupakan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh sehingga meletak jawatan pada 2020.

Anak jati Seberang Perak, Alor Setar mencipta sejarah tersendiri setelah dilantik perdana menteri sebanyak dua kali dan kali pertama ialah selama 22 tahun (1981-2003) sekali gus pemimpin paling lama berkhidmat. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo