Pembahagian kerusi hanya melibatkan UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) menjadi punca MIC dan MCA mengambil keputusan tidak meletak calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini.
Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mendedahkan perkara itu menyebabkan dua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam PRN, malah mendakwa UMNO tidak bersungguh-sungguh berunding kerusi untuk diberikan kepada mereka.
“Antara sebab MIC tidak bertanding dalam PRN ini adalah kerana dasar pihak yang menang akan dikekalkan di kerusi tersebut, sementara kerusi yang dimenangi pembangkang akan dibincangkan dalam rundingan.
“Tapi, semasa rundingan tidak pernah membincangkan memberi kerusi kepada MCA dan MIC khususnya di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Selain itu UMNO juga tidak bersungguh-sungguh ketika mengadakan perbincangan kerusi bagi pihak MCA dan MIC.
“Walaupun, mereka kata akan beri kerusi kepada kami, tapi perkara itu tidak dibincang dalam rundingan. Atas faktor itu, kami mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam PRN ini,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Beliau terdahulu mengadakan sidang media ibu pejabat MIC, di Kuala Lumpur hari ini.
Untuk rekod, MIC dan MCA tidak meletak calon mereka pada PRN kerana memberi laluan kepada parti komponen PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah bertanding,
Selain itu, Vigneswaran juga berkata formula ‘kerusi yang menang akan dikekalkan’ tidak sesuai kepada MIC.
“Kalau kita setuju dengan formula yang sama pada PRU16, MIC hanya boleh bertanding di kerusi parlimen Tapah sahaja.
“Jadi, rundingan sebegini tidak sesuai kepada MIC. Masa depan parti lebih penting berbanding bertanding dalam PRN,” katanya lagi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), MIC hanya menang satu kerusi Parlimen dari 10 kerusi yang ditandingi oleh parti itu.
Sumber I Agenda daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment