NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO hanya akan guna Afiq untuk perlaga - Annuar Musa



KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa menyifatkan anaknya, Afiq Amani tidak terlalu serius dalam berpolitik, sebaliknya hanya dipergunakan untuk kepentingan parti.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO dan kini menjadi Pengerusi Muafakat Nasional berkata, setakat ini beliau sendiri tidak mendengar desas-desus bahawa nama Afiq akan dicalonkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Afiq tu orang acah je, bukan nak parti sangat pun. Dia (parti) nak guna Afiq untuk perlaga (melaga-lagakan).

"Nak bagi (jadi) calon, royak (beritahu) nak bagi calon, senang. Ini dok main kalau... kalau," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Afiq Amani yang juga Ketua Pemuda UMNO Ketereh, sebelum ini memberitahu akan berbincang dengan keluarga sekiranya namanya dicalonkan untuk PRN dan bersaing dengan bapanya.

Menyifatkan tujuan menjadi calon PRN tiada dalam fikirannya, Afiq Amani menegaskan keputusan yang diambil nanti tidak boleh dibuat berseorangan.

Annuar berkata, setakat ini beliau juga tidak mendengar desas-desus namanya bakal dicalonkan untuk bertanding di mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tak ada bunyi lagi nama naik tapi kalau ada, kita fikirlah. Sekarang tumpu pada ceramah dulu," katanya.

Terdahulu, Annuar hadir dalam program temu mata dengan penduduk Kampung Kayu Besar dan beramah mesra bersama pasukan bola sepak Padang Kala, Peringat, di sini.


Sumber I BH Online 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo