NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuduhan terhadap Muhyiddin suatu pembohongan – Sahruddin

JOHOR BAHRU: Tuduhan yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda merupakan suatu pembohongan yang sangat besar.

Pengerusi Perikatan Nasional ( PN) Johor, Datuk Sahruddin Jamal menegaskan, pelupusan hutang peneroka Felda itu telah dilaksanakan ketika Muhyiddin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Beliau berkata, perkara ini telah pun disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari alu.

“Dalam persidangan Parlimen itu telah menyatakan bahawa pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada 2021. 

“Tetapi, oleh kerana kekangan aliran tunai Felda, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ini tidak dapat melaksanakan tentang pelupusan hutang peneroka secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah melupuskan hutang peneroka tidak dibuat oleh kerajaan PN sebelum ini dan perkara itu berterusan sehingga beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

Mengulas lanjut, Dr. Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong memberitahu, kenyataan yang dibuat oleh Anwar itu tidak benar dan menjelaskan bahawa Perdana Menteri ke-10 itu tidak layak menjadi pemimpin.

“Mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh juga telah membuat kenyataan pada 24 Februari lalu bahawa pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion telah selesai dilaksanakan pada 2021.

“Jelas dibsini bahawa terdapat pihak yang sentiasa berkata bohong dan ia membuktikan bahawa mereka tidak layak untuk kekal menjadi seorang pemimpin,” katanya. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo