Pencalonan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook akan meningkatkan prospek gabungan mereka pada PRN. |
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik percaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan pemimpin utama mereka dalam PRN Negeri Sembilan bagi persaingan dua gabungan itu mendapatkan jawatan menteri besar.
“Di Negeri Sembilan, persaingan antara PH dan BN, bukannya Perikatan Nasional (PN),” kata Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.
Beliau berkata, PN mungkin tidak mencapai prestasi baik pada PRN 12 Ogos ini memandangkan kegagalannya memenangi sebarang kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU15.
Azmi memberitahu FMT, pencalonan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook akan meningkatkan prospek gabungan mereka dalam PRN.
“Pemilihan menteri besar bergantung kepada gabungan mana yang memenangi (lebih banyak) kerusi. Saya fikir itulah sebab mereka meletakkan nama besar di sana.
“Bukannya salah seorang daripada mereka akan menjadi menteri besar, tetapi untuk mendorong BN dan PH (memenangi lebih banyak kerusi dan memperoleh) jawatan itu.”
Mohamad juga dikenali sebagai Tok Mat, dalam misi memenangi DUN Rantau bagi penggal keenam berturut-turut, manakala Loke cuba mempertahankan kerusi Chennah yang disandangnya sejak 2013. Loke mewakili Lobak selama dua penggal sebelum itu.
PH sebelum ini mengumumkan Chow Kon Yeow dan Amirudin Shari akan menerajui Pulau Pinang serta Selangor buat penggal kedua, jika mereka menang di dua negeri itu. Tetapi, BN dan PH bersetuju hanya memilih calon menteri besar Negeri Sembilan selepas keputusan diketahui.
Aminuddin Harun, naib presiden PKR, kini menteri besar Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyifatkan pencalonan dua pemimpin itu hanya kesinambungan, dengan kedua-duanya berkhidmat di kawasan mereka selama bertahun-tahun.
“Mereka adalah pemimpin berkait rapat dengan kawasan masing-masing dan masuk akal untuk mereka terus mempertahankannya daripada berpindah ke tempat lain,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment