NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TERKINIKerajaan perlu gubal garis panduan penghinaan 3R – Bekas Menteri Agama



  • Bekas Menteri Agama,  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat ketika ini ingin mengetahui perkara dimaksudkan dengan penghinaan terhadap 3R dan sehingga had manakah seseorang individu itu boleh dikatakan menghina 3R.
  • Beliau berkata, pencerahan tentang apakah terdapat ruang untuk isu melibatkan 3R dibincangkan atau ia diharamkan secara menyeluruh juga perlu diperjelaskan.
  • Kesemua pertanyaan itu amat penting kerana ia berupaya menutup pintu sangkaan terhadap beberapa kes yang diambil perhatian, dan kes lain yang seolah-olah tiada maklum balas daripada pihak berwajib.
  • Pihak Kerajaan perlu bekerjasama dengan pemegang taruh untuk menetapkan beberapa noktah yang penting perkara berkaitan agama, bangsa dan institusi Diraja, katanya menerusi  laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk, ‘Keperluan Pentakrifan 3R’.
  • Dr Zulkifli turut mencadangkan beberapa perkara antaranya yang pertama kerajaan perlu menggubal akta kebencian kaum dan ekstremisme agama.

KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu menyediakan garis panduan lengkap berkenaan penghinaan kepada 3R iaitu royalty, religion, dan race.

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat ketika ini ingin mengetahui perkara dimaksudkan dengan penghinaan terhadap 3R dan sehingga had manakah seseorang individu itu boleh dikatakan menghina 3R.

Beliau berkata pencerahan tentang apakah terdapat ruang untuk isu melibatkan 3R dibincangkan atau ia diharamkan secara menyeluruh juga perlu diperjelaskan.

Katanya, kesemua pertanyaan itu amat penting kerana ia berupaya menutup pintu sangkaan terhadap beberapa kes diambil perhatian dan kes lain yang seolah-olah tiada maklum balas daripada pihak berwajib.

Pihak Kerajaan perlu bekerjasama dengan pemegang taruh untuk menetapkan beberapa noktah yang penting perkara berkaitan agama, bangsa dan institusi Diraja, katanya menerusi  laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk, ‘Keperluan Pentakrifan 3R’. 

Noktah dimaksudkan beliau adalah penjelasan jelas dari sudut agama melibatkan definisi agama; senarai agama di Malaysia; maksud penghinaan kepada agama Islam termasuk penghinaan kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, sunnah dan hadis Rasulullah SAW serta penghinaan terhadap terhadap para sahabat, al-Quran, semua syariat Islam yang terkandung dalam rukun Islam dan rukun iman juga menyebarkan maklumat palsu selain penjelasan tentang maksud penghinaan kepada agama lain.

Selain itu, penjelasan dari sudut bangsa yang perlu dinoktahkan pula adalah melibatkan definisi bangsa; senarai bangsa di Malaysia; maksud penghinaan kepada bangsa yang termasuk ambil guna budaya (cultural appropriation), stereotaip, sejarah, tokoh pejuang dan menyebarkan maklumat palsu.

Beliau berkata perkara ketiga yang perlu dinoktahkan adalah dari sudut institusi diraja melibatkan definisi institusi diraja; Majlis Raja-raja; maksud penghinaan kepada institusi diraja iaitu termasuk bahasa yang tidak sopan, bahasa badan yang menghina dan menyebarkan maklumat palsu serta mengkritik mana-mana raja dan sultan di ruang terbuka.

Dr Zulkifli turut mencadangkan kerajaan menggubal akta kebencian kaum dan ekstremisme agama.

Pada ketika ini, sesiapa yang menghina institusi Diraja hanya dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 justeru undang-undang baharu perlu dikuatkuasakan menerusi penggubalan akta baharu bagi tujuan terbabit. 

“Kami berpandangan, perbuatan menghina Raja atau Sultan tidak sama dengan menghasut yang termaktub di bawah akta sedia ada. 

“Institusi diraja — sebagaimana agama — adalah jauh lebih tinggi kedudukannya dan tidak selayaknya disamakan dengan mana–mana akta sedia ada,” katanya.

Beliau turut mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberikan kuasa sepenuhnya untuk memadam paparan aktiviti penghinaan institusi diraja, menyentuh sensitiviti agama, penularan maklumat palsu, serta perkauman di media sosial tanpa terikat mana-mana pihak. 

Katanya, pemegang taruh mewakili Kerajaan dan pakar bebas yang diiktiraf juga perlu diberi peluang menganggotai jawatankuasa terbabit sebagai semak imbang.

Beliau turut mencadangkan peruntukan yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bagi kes penghinaan agama Islam diwujudkan.

Katanya, sehingga hari ini tiada peruntukan jelas dan tegas mengenai penghinaan agama Islam yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan ia adalah agama Persekutuan.

“Kesalahan menghina agama hanya boleh didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi. 

“Manakala, undang-undang syariah pula hanya boleh menghukum, jika sabit kesalahan mana-mana individu Muslim yang menghina agama Islam… namun tidak boleh menggunakan peruntukan sama terhadap bukan Islam. 

“Selain daripada itu, undang-undang syariah juga mempunyai beberapa kelemahan yang mengakibatkan kesukaran untuk membuat pendakwaan dan pensabitan kes kerana skop kesalahan menghina agama adalah terlalu umum dan kabur,” katanya yang juga merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau juga mencadangkan penganjuran dialog antara agama secara tutup dan terfokus dengan melibatkan para pemimpin agama-agama. — The Merdeka Times

Sumber: Laman Web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo