NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terkejut gambar 'UFO' dikesan dalam swafoto

SALTILLO, MEXICO – Seorang pelancong yang merakam swafoto semasa melawat sebuah kawasan bukit pasir di Mexico secara tidak sengaja merakam gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam gambar berkenaan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ketika kejadian, Ramiro Navarro melawat bukit pasir Bilbao di negeri Coahuila.

Menurutnya, dia hanya menyedari penampakan UFO  pada latar belakang gambarnya selepas beberapa minggu kemudian.

“Beberapa minggu lalu, saya melawat Bukit Pasir Bilbao. Apa pendapat anda? Ia (makhluk asing) tidak menculik saya walaupun melihat saya,” katanya secara berseloroh.

Gambar itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial.

“Saya juga tinggal berhampiran kawasan itu dan saya turut melihatnya,” kata seorang netizen.

“Ia adalah UFO,” kata netizen lain. – Agensi 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo