NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima kasih PN tapi MIC tidak dapat pertimbangkan pelawaan kerana sudah ada buat keputusan tidak bertanding PRN – Vigneswaran



KUALA LUMPUR – Presiden MIC menegaskan MIC tidak akan mempertimbangkan tawaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini. 

Sebaliknya kata Tan Sri SA Vigneswaran, MIC sudah membuat keputusan muktamad sebulat suara melalui pimpinan Jawatankuasa Pusat (CWC) untuk tidak bertanding pada PRN kali ini.

“Terima kasih kepada Sanusi untuk tawaran ini tetapi kita tidak dapat pertimbang pelawaan ini kerana sudah buat ketetapan untuk tidak bertanding. 

“Memang MIC ada hubungan baik dengan Pas dan Bersatu kerana kita pernah bekerjasama membentuk kerajaan sebelum ini tetapi kita masih pegang dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Isu MIC keluar Barisan Nasional (BN) juga tidak timbul kerana kita tidak pernah tentang perkara ini. Keputusan yang kita buat hanyalah tidak bertanding pada PRN di enam negeri nanti,” katanya kepada MalaysiaGazette. 

Mantan Yang Dipertua Dewan Negara itu mengulas cadangan Sanusi yang mahu MCA serta MIC menyertai PN yang mampu menawarkan tempat untuk calon kedua-dua parti itu bertanding di kerusi campuran pada PRN tidak lama lagi.

Sanusi membuat tawaran itu selepas MCA dan MIC membuat pengumuman mengejut kedua-dua parti komponen itu tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada PRN kali ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong juga secara ringkas juga menolak pelawaan PN yang mahu memberikan kerusi campuran kepada komponen itu untuk bertanding atas tiket PN. 

Dalam laman sosial Facebook beliau, Ka Siong sekadar menulis ‘no’ sambil meletakkan keratan kenyataan Sanusi berkaitan tawaran kerusi campuran gabungan PN itu. 

Bagaimanapun Ka Siong tidak memberikan sebarang perincian menolak cadangan tersebut.

Dua hari MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk memfokuskan proses pengukuhan parti serta persediaan menghadapi PRU16.

Namun Ahmad Zahid semalam menafikan dua parti komponen itu memboikot BN sebaliknya pemimpin MCA dan MIC tetap mendedahkan komitmen untuk membantu jentera BN pada PRN di enam negeri. -MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo