Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membuat lawatan mengejut di kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Gambar Facebook) |
PETALING JAYA: Dakwaan wujudnya amalan salah guna kuasa dan rasuah di pintu masuk negara akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu untuk dibincangkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar juga memberi jaminan melakukan siasatan rapi terhadap isu membabitkan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Saya ingin bagi jaminan bahawa siasatan rapi akan dibuat. Kalau ada silap, (pihak terbabit) akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut di KLIA.
Anwar berkata, keadaan pengoperasian membabitkan penumpang warga asing dan tempatan di kaunter imigresen adalah terkawal, namun ada beberapa “kerosakan” yang perlu diperbaiki.
“Setakat ini saya lihat imigresen beri maklum balas sangat baik. Hanya beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu bawa perubahan dikenal pasti,” katanya.
Jumaat lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing mengakui beliau adalah menteri dilapor mencetuskan kekecohan di KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.
Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata, pegawainya akan menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di KLIA seperti yang didakwa menteri itu.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kertas enkuiri polis dibuka berhubung kejadian itu dan beberapa pihak akan dipanggil bagi memberi keterangan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment