NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tentera Israel bunuh dua pejuang Palestin

Penduduk membawa jenazah mangsa serbuan Israel di Nablus, hari ini. - Foto REUTERS


NABLUS: Tentera Israel membunuh dua pejuang Palestin hari ini, dalam satu pertempuran ketika serbuan tentera ke atas bandar Nablus, Tebing Barat yang ditakluki, kata pegawai Israel dan Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan, dua syahid dan tiga cedera akibat pencerobohan pendudukan (Israel) ke atas Nablus.

Tentera Israel melaporkan tiada kecederaan dalam kalangan tenteranya.

Tentera berkata, mereka memasuki Nablus untuk menangkap dua individu yang dikehendaki berkaitan tembakan terhadap polis Israel, awal bulan ini di penempatan Tebing Barat, yang tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, mereka mengenal pasti dua yang maut itu sebagai Khairi Shaheen, 34, dan Hamza Maqbul, 32, yang didakwa tentera terbunuh berikutan pertempuran dengan pasukan keselamatan.

"Ketika serbuan itu, senjata yang digunakan pihak lawan dirampas," kata tentera.

Saksi memberitahu AFP, tentera Israel memasuki Nablus, kubu kuat kumpulan bersenjata Palestin di utara Tebing Barat pada pagi Jumaat dan mengepung sebuah rumah di Kota Lama, sebelum mengarahkan mereka yang berada di dalam rumah untuk menyerah diri.

Briged Abu Ali Mustapha, sayap bersenjata Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin yang berhaluan kiri, mendakwa Khairi dan Hamza sebagai anggota kumpulan itu.

Serbuan hari ini berlaku beberapa hari selepas Israel melancarkan operasi terbesarnya dalam tempoh beberapa tahun di Tebing Barat, yang ditawannya sejak 1967.

Seramai 12 rakyat Palestin dan seorang askar Israel terbunuh dalam serbuan besar-besaran ke atas kem pelarian Jenin, yang berlarutan lebih 48 jam dan berakhir pada Rabu.

Keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin tahun ini mengorbankan sekurang-kurangnya 192 rakyat Palestin, 27 Israel, seorang Ukraine dan seorang Itali, demikian menurut angka AFP yang disusun daripada sumber rasmi oleh kedua-dua pihak.

Mereka termasuk pejuang dan orang awam di pihak Palestin, manakala di pihak Israel, kebanyakannya orang awam dan tiga individu warga Israel keturunan Arab. - AFP












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo