NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak salah untuk cuba bawa ‘budaya’ maskot ke Liga Super



Jika kita perhatikan di Malaysia tiada maskot yang mewakili pasukan-pasukan Liga Super seperti mana yang dipersembahkan oleh pasukan-pasukan gergasi Eropah, yang mana masing-masing mempamerkan maskot kebanggaan mereka.

Maskot sebenarnya sangat memainkan peranan penting dalam mempromosi pasukan-pasukan yang terlibat dalam sesebuah liga seperti yang ada dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Contoh pasukan Liga Perdana Inggeris yang memperkenalkan maskot mereka kepada umum adalah Brentford FC dengan maskotnya yang diberi nama Buzz iaitu seekor lebah.

Hal ini bertepatan dengan nama jolokan mereka iaitu ‘The Bees’ dan Buzz boleh ditemui di stadium pada hari perlawanan atau membuat lawatan khas di sekitar komuniti pasukan tersebut.

Selain itu, kita juga sering melihat maskot daripada pasukan Manchester United FC iaitu Fred the red yang telah diperkenalkan semenjak tahun 1990.

Maskot ini diberi nama disebabkan ironinya dengan nama samaran kelab gergasi eropah itu iaitu The Red Devils, selain tujuannya adalah untuk menghiburkan orang ramai sebelum perlawanan bermula.

Ia juga digunakan dalam perniagaan kelab, terutamanya sebagai barangan yang disasarkan kepada kanak-kanak dan disebabkan ia antara kelab yang menjadi tumpuan bola sepak dunia, Fred the red telah dipilih sebagai maskot paling popular dalam majalah bola Match pada tahun 2011.

Terdapat beberapa lagi maskot yang sering kita lihat di kaca televisyen misalnya, Moonbeam milik Manchester City FC, The Liver Bird iaitu burung legenda milik Liverpool FC dan juga Stamford The Lion and Bridget The Lioness yang sentiasa berada di belakang pasukan Chelsea FC.

Pasukan-pasukan Liga Super bukan tiada maskot yang mewakili mereka, dari segi konsepnya ada, namun tidak kita lihat di mana-mana keberadaannya ketika perlawanan berlangsung baik di kaca tv mahupun stadium.

Jika ia diiplementasikan dalam Liga Super, sudah pasti akan memeriahkan lagi industri bola sepak tempatan, disamping dapat mempromosikan secara terus penaja-penaja yang bersama kelab masing-masing.

Seperti yang dilakukan oleh maskot-maskot diluar negara, mereka akan menyantuni para penonton sebelum perlawanan bermula, waktu rehat separuh masa dan juga setelah tamat perlawanan sekaligus mata-mata mereka akan tertumpu pada maskot tersebut.

Hal ini sudah semestinya salah satu cara yang efektif untuk menggunakan fungsi maskot di sebuah pasukan bola sepak selain menjadi lambang atau muka depan sesebuah pasukan ia juga boleh menjana ekonomi kelab tersebut.

Mengikut pasukan-pasukan yang berada di Malaysia, peminat bola sepak tanah air sudah pasti mengetahui beberapa nama samaran yang terpalit dengan kelab bola sepak kita misalnya, Tok Gajah (Sri Pahang FC), Kijang Merah (Kelantan FC), Harimau Selatan (Johor Darul Takzim), Seladang (Perak FC) dan Gergasi Merah (Selangor FC)

Jadi dengan adanya konsep dan nama panggilan yang sudah digunapakai sejak dahulu ini, bagaimana jika setiap pasukan mula untuk memperkenalkan maskot dan mempromosikan perkara ini agar kancah bola sepak negara kita semakin rancak sekaligus meramaikan lagi peminat untuk turun ke stadium.


Sumber I Harimau Malaya 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo