NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak rayu petisyen bukan maksud setuju dakwaan politik wang - Hadi

Abdul Hadi ketika menerima kunjungan Muhyiddin di Masjid Kampung Rusila di Marang hari ini. - NSTP/GHAZALI KORI


MARANG: Meskipun dibelenggu persepsi 'politik wang' sehingga membawa kepada pembatalan kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap yakin parti itu mampu menang lebih besar sekiranya pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Keyakinan disuarakan Abdul Hadi itu jelas membuktikan PAS sedikit pun tidak terkesan dengan keputusan dibuat mahkamah terhadap terhadap kerusi Parlimen itu.

Sebaliknya, Presiden PAS itu menegaskan keputusan parti untuk tidak merayu petisyen Parlimen Kuala Terengganu bukan bermaksud pihaknya mengakui 'dakwaan' politik wang yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, beliau berkata tindakan itu bakal mendorong PRK bagi membolehkan pengundi Kuala Terengganu membuat pilihan.

"Tidak timbul soal politik wang (jadi) biarlah rakyat yang tentukan. Saya tidak mahu sentuh soal keputusan mahkamah, tetapi kami lihat rakyat sangat positif (kepada PAS).

"Mungkin (jika diadakan) PRK (di Parlimen Kuala Terengganu), kita akan memperoleh majoriti yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Presiden PAS di sini hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung di Kuala Terengganu memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan kepada keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu yang membatalkan kemenangan PAS di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Firuz Jaffril selepas berpuas hati wujudnya unsur rasuah sewaktu kempen PRU15.

Pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua UMNO Terengganu, Ahmad Said, berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berharap PRK untuk Parlimen Kuala Terengganu dapat dilaksanakan serentak dengan PRN yang membabitkan enam negeri pada 12 Ogos depan.


Sumber I BH Online









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo