NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatannya terhadap dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing kononnya wujud amalan rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan pihaknya akan berbuat demikian serta memandangl serius dakwaan tersebut.

“Berhubung dakwaan rasuah yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, SPRM akan menyiasat perkara tersebut,” katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Bagi melicinkan proses siasatan, SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak termasuk King Sing.

“Kita akan dapatkan maklumat daripada semua pihak berhubung perkara ini (dakwaan rasuah di KLIA) dan melakukan siasatan sewajarnya.

“Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,” tegasnya.

Pada Khamis lalu tular satu insiden yang mendakwa kononnya Ahli Parlimen Bintulu itu telah menceroboh Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA tanpa pas keselamatan dan cuba menyelamatkan seorang pelawat wanita warga China yang ditahan daripada memasuki negara ini.

Malah menteri berkenaan juga didakwa telah memarahi polis bantuan dan pegawai IMigresen di KLIA selepas berang tindakannya yang cuba membebaskan wanita asing itu dihalang oleh penguatkuasa itu.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan balas semalam, King Sing menafikan sekeras-kerasnya beliau cuba menyelamatkan wanita China itu sambil membongkar kewujudan unsur rasuah yang berlaku dalam kalangan penguatkuasa di pintu masuk KLIA.

Dakwanya, berlaku masalah komunikasi antara pegawai dan pelawat asing itu selain wanita asing itu didakwa ditahan tanpa sebab serta tidak diberikan makan minum sepanjang tempoh penahanan tersebut walaupun mempunyai dokumen yang lengkap dan sah untuk memasuki Malaysia.

Malahan beliau juga mendakwa menerima maklumat  terdapat pegawai Imigresen di KLIA yang meminta bayaran sehingga RM3,000 kepada pelancong China untuk dilepaskan daripada tahanan.

Dakwanya, wang tambahan juga diminta oleh pegawai daripada pelancong itu untuk proses Visa serta penghantaran pulang ke negara asal mereka. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo